Friday, 17 April 2015

THAILAND: PHUKET Feb2015; Episod 2

Selamat datang ke THAILAND: PHUKET; Episod 2.





Hari Kedua

Telah masuk hari ke-2 kami di Patong, Phuket ni. Terasa macam cepat je masa berlalu.
Jalan semalam tak puas lagi.

Actually, visit sebelum2 ni, van bertolak dari Hatyai pukol 9:30am (Malaysia/Singapore:10:30am).
Tetapi akibat Chinese New Year, banyak van yang tak gerak sebab bercuti. Pasrah uols...
Kalao betolak kol 9:30am dan sampai di Patong pukol 4.30pm, kompem banyak jugak tempat yang boleh cover petang tu... Xpe... semuanya ada hikmah di sebaliknya... (motip tetiba buat penulisan novel...?)

Di hari ke-2 ni kami bangun seawal2nya sebab hari ni je la yang dapat kami berjalan2 mengelilingi Pulau Phuket ni. Kami tidak bersarapan di kedai. Sebaliknya kami beli je roti dan air kat Family Mart. Jimat uols. Tak sampai THB100 (RM11.50) untuk empat orang makan dan minum ye. Mampuuu..?


 Refresh memori dari entry sebelum ini. 
Sebelah kanan dan kiri pintu gerbang ini terdapatnya dua kedai 24jam. 
FamilyMart dan 7-E.
Nak tau jarak kedai2 itu dari pintu gerbang ni? Cuba scroll ke bawah ni.



 FamilyMart di sebelah kiri pintu gerbang.



7-E di sebelah kanan pintu gerbang. Dekat kan.




Kami sewa motor untuk sehari. Sewa motor adalah THB200 (RM22) untuk sehari. Deposit untuk sebiji helmet THB200 (RM21.50). Tapi duit deposit helmet boleh dapat balik lepas pulangkan motor. Ada perkara yang harus diambil perhatian bila nak sewa motor ye. Perkara tersebut adalah seperti di bawah:

Pertama: Pemandu motor harus deposit pasport kepada pihak hotel (ada je hotel ataupun kedai sewa motor yang tak ambil pasport. Terpulangla kat korang nak yang mana k. Keputusan adalah hak milik setiap insann...). 

Kedua: Pemandu motor harus mempunyai lesen motor Malaysia yang sah dan masih laku (tak expired lagi ye). Kalau pemandu motor tak ada lesen motor, terpulanglah kat uols sekiranya korang rasa korang pandai mengelak daripada road-block. Tapi kalau kena saman pun THB500 (RM55) saja. Tapi kalau tak nk bertemu risiko kat imigresen etc, better jangan nak berjihad sangat hokey.


Eh....! xde pix ye, korang.... sorry... di atas adalah sinopsis novel katanya kan...


 Suasana pagi di kawasan penginapan kami. Tenang je.



 Lapang je. Ini seawal jam 7:30am 
(pukol 8:30am waktu Malaysia/Singapore).



 Satu lagi view ketenangan.



 Hotel Chong Ko menyediakan perkhidmatan sewa motor.
Senang, x yah nak mengagau cari tempat lain.



 Urusan sewa motor sedang berlangsung. Baju hitam tu la Mr Tourism kami. 
Boleh cakap Siam tu, sampai orang Thai pun kagum.
Yang pakai helmet tu pelakon Malaysia yang turut join kami.



Fifie Winfrey tekun menelaah pamphlet pelancongan. 
Pandang sapa tu Fifie..? Hmmmm...




Sambung semula kronologi trip kami...

Selepas dah selesai pasal sewa-menyewa motor dan beli makanan & minuman kat 7-E, kami meneruskan perjalanan menghala ke selatan Pulau Phuket. Ada beberapa perhentian yang telah dicadangkan oleh ketua kumpulan trip kami (Mr. Tourism 2014-2015). Di antara pit-stop yang kami ingin berkunjung adalah:

1) Karon Beach
2) Kata Beach
3) Phrom Thep Cape



Phuket-Maps/Phuket-Karten: Phuket
Peta Pulau Phuket. 
(sumber: http://www.thailand-ticket.de/Phuket-Hotel-Buchen/karten-maps/)



Oleh kerana Phrom Thep Cape adalah yang paling selatan (ala2 Kukup kat Pontian, Johor tu), then kami decide ke situ dahulu baru ke pantai2 yang lainnya.

Jalan punya jalan dengan menaiki motor, sesat jalan, kami sampai terus ke Pantai Rawai.
Pantai Rawai ni lebih mendekatkan pelancong dengan kehidupan nelayan di Pulau Phuket. Sekiranya korang nak beli mutiara atau alatan hiasan yang berlandaskan kepada cengkerang-cengkerang, bolehlah korang ke Pantai Rawai ni. Pantai Rawai ni ada mempunyai salah satu jeti yang membawa pelancong ke pulau2 kecil yang terkenal di antara Phuket dan Krabi dan juga Koh Loh. 

Kami bersarapan di tepian pantai Rawai. Yang pastinya, air pantai Rawai sejuk uols. Bukanlah sejuk membeku. Tetapi air pantainya sejuk jika hendak dibandingkan dengan air laut di pantai-pantai lain. Sebabnya? Sorry, tak buat research pasal itu. 


Then kami meneruskan perjalanan untuk mencari di manakah Phrom Thep Cape. Akhirnya kami ketemu cape tersebut. Sungguh lawa tempat ni.... Agong sungguh ciptaan Tuhan. Air lautnya lawa. Pemandangannya lawa. Kat cape ni, ada juga tugu kecil, rumah api Diraja Thailand, dan tempat sembahyang bagi penganut agama Buddha Theravada. Banyak patung-patung gajah pelbagai saiz kat satu kawasan di cape tu.

Matahari meremang langit tengahari, memang mencantikkan pemandangan cape tu. Tak payah nak criter banyak, just enjoy the pix.


Da sampai pun kat Phrom Thep. Ini bukan papan tanda selamat datang yer. 
Ini adalah salah satu papan-iklan kat situ. Saja amik pic ni sebab lawa.



 Inilah tempat sembahyang yang dimaksudkan. Banyak kan patung-patung gajahnya.



 dan lagi...



 Ini pula adalah kawasan berdirinya tugu kecil dan rumah api Diraja Thailand.



 Itu adalah tugu... 
Lupa nak snap penerangan kat batu itu. Sorry uols.



Inilah rumah api DiRaja Thailand. Nampak itu bendera DiRaja.



Ini je ke yang ada kat Phrom Thep Cape? Tungguuuu... 





 Haaa... tu diaaa... Cantik sungguh ciptaan Tuhan.



 Ada jugak kapal layar sewa dan persendirian di situ yer.



 dan lagi...



 dan lagi...



 dan lagi...



 "Macam kat luar negara" kata Mr Tourism. 
Kami conpuse dengan statement tu.



 dan lagi...



dan lagi... 
(nampak sangat malas nak tulis caption kan) 



 lagi...



 lagi...


 gila... eh silap taip... lagi.... 
(ting-tong)



Lepas dah amik gambar dan bergambar kat pemandangan yang cantik2 ini, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Kata & Karon.

Sedang kami memulakan perjalanan, kami ditemukan dengan satu lagi pemandangan yang indah dan lapang. Tup tup... ada pantai lak... boleh mandi kat situ. Apa lagi... kami pun mandi la kat teluk tu. Its a kind teluk yang ramai orang tak perasan. Tak ramai sangat orang mandi-manda kat situ dan mostly adalah farang. Air jernih. Kami spent 1 1/2 jam jugak kat situ. Memang berbaloi.

Selepas puas mandi-manda, kami pun berangkat ke pantai Karon & Kata.

Phuket-Maps/Phuket-Karten: Kata + Karon Beach
Peta Pantai Karon & Kata. 
(sumber: http://www.thailand-ticket.de/Phuket-Hotel-Buchen/karten-maps/)


Kami tak turun motor pun kat pantai-pantai ni sebab dah puas mandi manda dan menikmati keindahan pantai dan pemandangan kat Phrom Thep Cape tadi. Kami just lalu je kat dua kawasan pantai tu. 

Perut pun da lapa. Kami balik ke Patong semula untuk mengisi perut yang lapar sgt2 dah ni.
Kami just makan di gerai bersebelahan dengan masjid Patong. Simple menu plus da mula terasa penat. After lunch, kami decide to have some nap dan bersihkan diri sekejap bagi fresh semula.



 Nampak sangat semua dah keletihan dan kelaparan.



 Inilah kedainya... Kecik je.



 Tu dia tauke kedai. Boleh cakap bm.
Phad Thai sedap.



Ini adalah starternya. Kami makan phad thai dan mi sup.



 Mr Tourism tengah order makanan. 
Yazid tengah update facebook la tuh. Teruja dengan pics kat Phrom Thep katanya.



Tauke pun lunch sama yer.



Lepas lunch ni kami balik semula ke hotel. Rehat jap then freshkan diri lepas penat berjalan-jalan. 
Dalam setengah jam, kami keluar lagi ke Jungceylon Mall.


 Suasana di sekitar hotel pada waktu tengahari.



 Di antara hotel yang terdapat di sekitar Chong Ko.



dan hotel lagi...



 Perjalanan dengan berjalan kaki ke Jungceylon.



 Nampak skrin tv besar tu. Di situlah kawasan berdekatan Jungceylon.



Suasana pub di waktu siang.



 Gerai-gerai cenderamata yang boleh didapati ketika hendak ke Jungceylon. 
Mall ni kebanyakan peniaganya adalah orang Nepal. 
Tak ramai pun pelancong yang nak masuk ke sini. Tak pasti kenapa.



 Di antara gerai cenderamata yang boleh di dapati di tepi jalan.



dan lagi gerai cenderamata.


Money Changer memang agak bersepah di Patong ni. 
So korang bolehlah pilih money changer mana yang menjadi pilihan. 
Pilihan adalah hak milik setiap insan. 
Kebanyakan farang memang suka berlenggeng je tak pakai baju kat area Patong ni. 
So jangan shock culture sangat yer.



 Haaaa... tu dia Jungceylon Mall. Ada kiosk McD lagi. 
McD dan fast-food restaurants kat sini memang tidak halal ye.



 Di tingkat bawah (lower ground-LG) mall ni terjual barang-barang kraf Thailand. 
Harganya lebih kurang sama je macam Kraftangan Kuala Lumpur tu.



Hiasan sempena Chinese New Year kat main entrance mall.


 Suasana dataran di tengah mall tersebut.



 dan lagi...



 dan lagi...



Salah satu kawasan mall yang berunsur bangunan zaman kolonial.



 Ada terdapat muzium cengkerang dalam kawasan mall ni.
Nak masuk kedai ni percuma tetapi kalau nak masuk muzium kena bayar yer. 
Harga entrance tak pasti.



Di antara cenderamata berunsur cengkerang yang dijual di muzium ini.



Dalam kawasan mall ni pun ada gerai-gerai yang jual cenderamata. 
Tapi mahal sikit la kot berbanding kedai-kedai tepi jalan tadi tu kan. 



 Banyak jugak restoran dalam kawasan mall tu.



Banyak restoran dan cafe yang ala2 English gitu. 
Sebab ramai farang kan.



Itulah dia Jungceylonnya. 
Preview sejarah Jungceylonnya ada dipaparkan secara berjadual melalui 
persembahan air pancut di situ.



 Ini suasana dalam mall. sama je macam mall2 yang ada kat negara KL tu.
Mall sederhana besar. Sale Chinese New Year katanya.



 Dalam mall ini ada juga cinema.



Nampak macam cinema2 negara kita je kan. 
Popcornnya ada 3 perisa: salt, BBQ, caramel.
Harga tiket lebih kurang harge tiket macam cinema kat KL.
Tapi cinemanya grand. Toilet pun grand.
As usual, sebelum movie ditayangkan, 
semua penonton kena berdiri bagi menghormati lagu negara Thailand.
Kita pun ada buat jugak tapi waktu merdeka sahaja.




Phuket-Maps/Phuket-Karten: Patong-Beach
Peta Patong Beach. 
(sumber: http://www.thailand-ticket.de/Phuket-Hotel-Buchen/karten-maps/)


Pada waktu malamnya, kami makan di area pasar malam yang lokasinya berhadapan dengan Stadium Tomoi. Pasar malam ni biasa sahaja dan kebanyakannya menjual makanan dan minuman. Ada juga peniaga Muslim yang berniaga di sini. Jadi kami pun makanlah di area sini. Kononnya nak ambil mood makan di pasar malam. Tapi ada kisah yang terjadi di sini. Kisah apa? Sinetron di pasar malam ye...

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe. Hard Cafe Phuket ni, pentasnya berada di luar bangunan ye. Jadi, kalo rasa2 nk tgk show di Hard Rock Cafe, tengok kat tepi jalan pun boleh. Kami singgah juga ke Hard Rock Shop. Harga barangannya, ada yang murah dan ada yang mahal berbanding barangan Hard Rock di Malaysia.

Selepas Hard Rock, kami meneruskan perjalanan ke kedai-kedai yang menjual cenderamata dan t-shirts. Kedai yang kami lawati menghadap ke Pantai Patong. Tapi, oleh kerana suasana malam, pantainya memang x kelihatan. Jalan di situ memang sibuk la sesangat. Meriah dan sungguh havoc. At the same time, kami nak makan pancake dan ice-cream gulung. Sayangnya, malam tu, aiskrin gulungnya xde la pulak. Plus, kami rasa x kenyang masa makan kat pasar malam tadi, kami beli lah pancake, jagung bakar, dan minuman di area Patong beach ni. Kami makan di kaki lima menghadap ke pantai. Syok jugak makan mcm ni. Save bajet kan.


Selepas penat berjalan-jalan, makan, dan membeli-belah, kami pun pulang ke hotel. Tetapi sebelum itu, kami pergi memanjakan diri di spa pilihan kami.


 Inilah spa yang kami pergi. Pic ni di snap pada keesokan paginya. 
Al-maklumlah, malam semalamnya dah pengat bangat, nak snap pic pun da x larat.





 Lokasi kedai ni, tu ha nampak ada papan tanda harga tu (warna oren-kuning). Itulah spanya. 
Hotel Chong Ko adalah bangunan putih di kejauhan sana. Tak jauh kan dengan spa.



Itu adalah harga yang ditawarkan oleh spa ini. Semua pekerjanya very friendly.



Inilah inti-pati percutian kami di Patong dan beberapa pantai lagi pada hari kedua. Sungguh memenatkan tetapi kami sungguh seronok. 


Seterusnya adalah entri hari terakhir kami di Phuket.


2 comments: