Post-blog unggol yang pertama dari JJM...
Mari kita ke PHUKET..!!!
Ini adalah merupakan trip yang ke sekian kalinya kami ke sini...
(formal x ayat2 itu..? kami suka ayat2 yg lebih santai walaupun agak kasar. sebab jiwanya menusuk kepada pembaca).
Tempoh Percutian : 3 Hari 2 Malam
Pengangkutan : Jalan Darat
Bilangan Individu : 4 orang
Kos : RM320.00 seorang (termasuk penginapan, makan & minum, perjalanan)
Tempoh Percutian : 3 Hari 2 Malam
Pengangkutan : Jalan Darat
Bilangan Individu : 4 orang
Kos : RM320.00 seorang (termasuk penginapan, makan & minum, perjalanan)
Hari Pertama
Kami dari Hatyai pukol 11.30am (12:30pm waktu Malaysia/Singapura). Kali ini dapat van bertolak lewat sebab Chinese New Year, banyak van yang cuti. (Boleh ek macam tu. Nak rehat katanya... Whatever). Jalan darat saja yang kami gunakan untuk ke Phuket. Ambil pengalaman guna jalan darat. Kami naik van@komuter. Bukan komuter mcm kat negara kita yer. Perjalanan mengambil masa 7 jam yer. Mesti korang dah rasa kematu kan? Tapi kami so fine... Walau perjalanan jauh dan lama, tapi xla terasa kerimasannya (bukan propa hokey).
Perjalanan kami berada di pit-stop pertama di Trang.
Pit-Stop di Trang.
Di Pit-Stop ni ala2 R&R nagara kita. Pit-Stop ni mmg selalunya menjadi R&R pertama/utama kepada mereka yang dari Hatyai ke Koh Lanta/Krabi/Phuket. Jangan risau, Pit-Stop ni ada surau, kedai makanan halal, dan tandas. It is a very simple R&R tapi masih selesa. Selalunya berhenti berehat kat situ antara 15 minit - 25 minit sahaja. Tengok pada drivernya.
Gambar Pit-Stop seterusnya.
dan seterusnya...
dan seterusnya...
Yang itu adalah van yang kami naik. Mcm biasa je kan van tu.
Tapi dalamnya, sgt luas mcm khemah dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire tuh
(okay.... statement keluasan van itu adalah propa...)
Kat Pit-Stop ni ada mi/mihun sup yang ok rasanya. Simple mihun sup, tp rasanya mampu membuatkan kami terkenang.
Ni lah mi sup nya. Harga THB30 (lebih kurang RM4).
Perjalanan diteruskan.....
(Kami write entry ni sambil dengar lagu yang tenang2... Duhai Kekasih-Kekasih: Andre Hehanusa)
Kami tiba di Patong Beach dalam lingkungan pukol 7.10pm ye. Segala keletihan ditolak ke tepi. Kami menginap di motel sederhana bajet. Namanya Chongko. Tempat penginapan kami mengambil masa 8-10 minit berjalan kaki ke Bangla Road (pusat Patong Beach) dan 5 minit berjalan ke pantai patong.
Yang bestnya kami stay kat sini sebab, tempat penginapan sungguhla tenang suasananya. Takde la nak bising-meraban (sila abaikan tatabahasa dan nahu yang digunakan) dengan pub2 ye... Nanti kami summarizekan pros and cons menginap di hotel ini (segalanya tertakluk kepada citarasa blogger ye). Tambahan, segala pengurusan nak sewa motor, nak g trip ke pulau2, semuanya boleh diuruskan oleh hotel ni. Servicenya very helpful dan friendly.
Pintu gerbang ke Hotel Chongko, tempat penginapan kami. Grand tak uols?
(x perlu nak mencemik2 bibir hokey... larriikkk...)
Inilah lobi hotel. Hotel sangat.
Tenang tak kawasan Hotel Chongko.
Satu lagi pemandangan kawasan Hotel Chongko.
Berdekatan dengan Hotel Chongko adalah Hotel Andaman Suite (5 stars).
Gambar tu bukan pub tau, tapi Loft Cafe. Mahal ye.
Oleh kerna da lapar sangat, kami makan malam di gerai ini. Halal.
Pekedai boleh cakap bahsa melayu skit2. Jauhnya dari hotel hanya 3 minit berjalan kaki.
Jumpa Tune Hotels dulu baru gerai ni.
Harga makanan di Phuket sedikit mahal berbanding KL.
Gerai burger Ramly pun ada ye. Satu2nya di Patong Beach.
Penjual burger fasih bm. Beli la, apa lagi. Untuk bekalan makanan tengah malam.
Lepas makan malam. Perut pun da kenyang. Apa lagi, pergi ke Bangla Road la.
Berjalan....
dan terus berjalan...
Akan lalu papan tanda ini.
dan terus berjalan...
Kesibukan Patong City mula kelihatan.
Suasana riuh sudah mula didengari dari sini.
dah nak dekat Bangla Road dah ni.
Haaaa.... Inilah dia Bangla Road. Ramainya orang tidak terkata. Macam-macam ragam manusia.
Ada dua pintu masuk utama kat Bangla Road ni. Tapi yang ini selalu menjadi tumpuan.
Ini pun x brapa ramai lagi. Sebab malam masih muda katanya.
Pub-pub kat situ memang banyak sesangat. Ramai je orang yang offer ke pub mereka.
Tapi target market adalah matsalleh (farang kata orang Siam).
Ini satu lagi pintu gerbang di Bangla Road. Pintu yang ini menghadap Patong Beach.
Kat Bangla Road adalah heaven kepada mereka yang sukakan hiburan. Clubbing@disco semua boleh didapati di situ. Kawasan ini adalah tidak sesuai untuk mereka yang berkeluarga terutamanya kanak-kanak. Tapi kalau nak lalu je kat situ, xde sapa nak halang pun. Free Zone katanya.
Di bahagian lauar kawasan Bangla Road banyak terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata, cenderakaki etc. Tapi ingin diingatkan bahawa, tawarlah harga serendah yang boleh sebab harga pertama yang akan mereka maklumkan adalah mahal. Sebab target market mereka adalah farang. So pepandai la korang k.
Inilah suasana gerai-gerai yang menghadap Patong Beach di sebelah malam.
Sesak lagi menyesakkan.
Lagi gambarnya.
Beginilah suasana Patong Beach di waktu malam. Ala2 macam x sesesak pekannya kan.
Tapi waktu siangnya, terutama waktu petang, memang ramai gila dengan manusia.
Malam pun semakin memuncak, jadi kami pun kembali ke hotel. Suasana hotel bertambah sunyi sebab banyak kedai yang dah tutop. Tapi kalo lapar, bolehe je pergi ke kedai 24 jam kat area hotel. Satu 7-Eleven dan satu lagi FamilyMart. Tapi kedai 24jam diaorng ni mmg tersangatlah jauh bagusnya berbanding 7-E kat negara kita. Pedulik la orang nak kata, "buat apa nak bangga dengan negara orang" ataupun "sokonglah 7-E negara sendiri", tetapi memang realiti, kedai 24jam diaorng ni banyak benda yang dijual. Ada makanan dan minuman halal untuk santapan. Kalau curiga, x payah beli. Kalau curiga sangat2, xyah g Phuket. Telus x ayat itu.
Waktu ni rasanya dah pukol 2am (waktu Malaysia/Singapore: 3am).
Gelap dan sunyi kan. Takut?
Jangan rasa risau sangat sebab ada je hotel2 bajet berdekatan hotel kami.
Nanti kita sambung lagi di entry THAILAND: PHUKET Feb2015; Episod 2.
Sweet memories kita berempat kan... hihi
ReplyDeletefairuz akim.... what a memories kan...
DeleteKita dua je ek komen.... hehe😆
ReplyDeletekita dua je...!!!
Delete