Wednesday, 30 December 2015

MALAYSIA: LANGKAWI Jun2015; Episod 1

Selamat datang ke MALAYSIA: LANGKAWI; Episod 1.



Tempoh Percutian : 4 Hari 3 Malam
Pengangkutan        : Jalan Udara & Darat
Bilangan Individu  : 4 orang

Sewa Kereta di Langkawi
Kereta                                     : Myvi
Tempoh sewa                         : 4H3M
Charge kereta sewa               : RM180
Minyak (isi sendiri yer uols)  : RM30 untuk 4H3M

Kos Keseluruhan: RM190.50 seorang (termasuk penginapan, makan & minum, perjalanan)



Hola uols semuaaa.....!!!!!

JJM kembali bertandang dengan menghiburkan kalian semua dengan paparan terkini lagi sensasi...
Sensasi la sahangat kan...


Kali ini JJM ke LANGKAWIIII...!!!!

Bunyi mcm excited sangat kan. Op coz la uols, dah lama tak pergi Langkawi, uols.
Kami berempat pergi Langkawi, pada waktu ni merupakan 2 hari terakhir cuti sekolah dan kurang dari 5 hari nak masuk bulan puasa. Membeli keperluan untuk persedian Hari Raya katanya... Keperluan katanya hokey.

Sebagai mukadimah, JJM mulakan dengan sejarah Langkawi.
Langkawi adalah sebuah pulau lagenda bla bl bla....... (ko hengat ni kelas Sejarah? Tak kuasa nak jadi Hari Ini Dalam Sejarah ye uols).

Baiklah kita bersambung...

Pergi Phuket ikut jalan darat. Tapi g Langkawi naik flight... Mcm mana tu, uols...?
Dah sesampai di Langkawi Airport, wah..! Da lama giler x sampai Langkawi kot, excited terlebih2.
Kami sewa kereta sepanjang berada di Langkawi. Maklumat adalah seperti berikut:




Dah pun tiba di Tanah Lagenda Langkawi.



 Teringat zaman kanak2 dulu di langkawi bila tgk van ni. Coraknya tetap maintain ye.



Apa lagi kiter. Jom ke motel. Perjalanan ke motel mengambil masa dalam 15 minit sajer.


*Actually, sebelum ke motel, kami menyinggah ke rumah Abang Adam (kawan lama Zul) dulu. Sedap2 belaka masakan Abang Adam. Terima kasih Abang Adam.*


Kali ni, kami menginap di Pantai Cenang area. Coz, ala2 'hidup' malamnya ye...
Tapi mmg best la stay kat area Cenang. malam2 kalo boring, bole je berjalan2 mencoci mata, uols.
Ataupun berjalan2 di tepian pantai sambil melayan jiwa... boleh gitew...


 Meneruskan perjalanan ke motel pilihan.



 Dah sampai Cenang Rest House. Parking lot ada walaupun limited. 
Dalam 6 -10 buah kereta boleh park dalam satu2 masa. First-come-first serve ye uols.
Kalo xde parking, park je kat tepi2 jalan tu. Selamat.



Pejabat rest-house.



Bangunan merah-kuning-putih tu adalah konsep hostel-room (bukan dorm tau).



Sebelah kiri konsep hostel-room, seblah kanan adalah konsep motel. 
Beza harga antara RM20-RM30 sahaja.



Denai menuju pantai ye, uols.



Haaa... tu dah sampai pantai. Sungguh strategik rest-house ni.



Syed Zul Anarul memilih untuk stay di motel-room. Privacy katanya.



Ini adalah gambaran bilik hostel-room. Just nice utk 2-3 orang sebilik.



Queen size katilnya. Simple sahaja.



Bilik air yg bias-bias sajer.



Selepas dah check-in, then kami rehat skejap sebelum meneruskan perjalanan untuk berjalan-jalan ke pekan Kuah. Memasing dah ada target memasing:
Mr Tourism:Redza -  target kuali magic dan set Noritake
Ryan Ikhfa Selamat - target set cutleries (set sudu garfu)
Syed Zul Anarul - target kristal, set CorningWare dan Arcopal
Editor - mcm biasa, target chocolat..! 


Jom kiter ke pekan Kuah...



On the way ke Kuah... Tenang je jalanraya... 
*pernah sibuk ke jalan kat Pekan Kuah ni?*



Bangunan ini adalah terletaknya Hotel Langkasuka dan Langkawi Parade Mall. 
Tidak jauh juga dengan Hotel Grand Continental. Menapak sahaja ye.



Spot pertama kami adalah di kawasan ini. Nak ke mana? skrol lagi kat bawah.



Haaa... Kawasannya dekat area sini yer... Tapi ke mana? *mengada2 tak?*



Sinilah spot kami yang pertama. RAMS... Company ni baru nak menapak kat Langkawi 
tapi dah mula mendapat perhatian ramai. 
Baguslah tu sebab banyaklah pilihan untuk membeli-belah kat Langkawi kan.



Antara set mangkuk yang ditawarkan. Iols suka pattern itu yer. Tapi x beli pun. Coci mata sahajor.
Terlupa lak nak amik beberapa pic set mangkuk yang sgt2 murah waktu tu. 
Corak lama tapi offer RM250 untuk 5 pieces yer.



Chocolat semestinya...
(iols suka eja begitu yer sebab teringatkan filem Chocolat 
lakonan Juliette Binoche dan Johnny Depp *tetiba...*). 



Actually, harga chocolat berbeda-beda antara satu kedai dengan yang lain. Untuk mencari chocolat yang murah2, kenalah rajin ke semua lot kedai yer. Beza harga antara 50sen sehingga RM5... Jadi, pepandailah merajinkan diri hokey. Kalo malas, beli je lah hokey. Sila jangan merungut kalo ada harga chocolat yang sama dengan harga kat Semenanjung ataupun kat KL yer. Sebab, korang p beli chocolat made in Balakong, Shah Alam, dan sewaktu dengannya yer... Hanya imported chocolat sahaja yang murah. Kalau sensitip sangat bab halal bagai, x payah nak beli imported chocolat hokey. 



Sebab dah lama sgt x pergi Langkawi, sampai x tahu pun yang Ismail Group 
dah buat shopping complex. Ramai giler orang kat sini.



Pintu masuk Ismail Group (IG).



Waktu Operasi IG. Siap mention Cuti Raya hokey.



Itu dia mangkuk segala yer.



dan lagi...



Walaupun mall ni ada 2-3 tingkat, tapi untuk jualan untuk pinggan mangkuk chocolat bagai 
hanya di Ground Floor sahaje.



Redza Amir sedang mempromosikan chocolat. Geisha sangat kan...



Yang ini pula adalah parking lot dan medan selera berdepan dengan IG complex. 
Owh ya... Hotel IG pun di kawasan ini.



Tu dia medan seleranya. Dah penat membeli-belah, makan minum la pulak kita kat sini ye.



Banyak gerai kat medan selera ni. Siap ada surau dan tandas lagi.
Depan tu adalah IG complex. Dekat je.



Kami makan rojak campur kat sini. Plus 1 ABC dan 4 cendol. 
Harga semuanya dalam lingkungan RM15.



Seterusnya kami ke Idaman Suri.



Inilah Idaman Suri. Tapi agak pelik sebab dah makin kurang orang ke sini? 
Daripada buah mulut ramai, hanya sebab taukenya bukan Muslim dan bukan Melayu.
Perlu ke nak racist, uols? Perlu ke? (sorry la ye uols. Iols ni telus).



Di dalam Idaman Suri.



dan lagi...



dan lagi...



Seksyen cadar bantal bagai di Idaman Suri.
Idaman Suri sudah tak jual chocolat ye, uols. 
Seksyen chocolat telah dimansuhkan di Idaman Suri yer.




Itulah kisah serba sedikit pasal Kuah. Nanti kita criter lagi hokey. Nanti ada bahagian kisah pasal chocolat sahajer yer. Sebab iols suka chocolat, tu sebab gigih buat coretan pasal chocolat tuh.

Dah penat bershopping, wealls pun balik ke motel dan Pantai Cenang. Tapi, sebelum pulang ke Cenang, kami menyinggah semula ke RAMS sebab Syed Zul Anarul nak borong set mangkuk Arcopal yang harga RM250 tuh. Uols know what happened? Set2 itu semuanya telah dibeli oleh orang lain yer. Kami lambat 5 minit sahajer yer. Nak buat camna, bukan rezki Syed Zul Anarul. Jadinya, Syed Zul Anarul lepaskan kegeraman dengan membeli set mangkok2 yg lain. Sampai 3 set dia beli hokey. Itu pembelian untuk hari itu sahaja yer. Esoknya beli lagi yer. Hebat Syed Zul Anarul hokey...


Setelah penat membeli-belah (kenal erti penat ke kalo jenjalan ni, uols...), ke Cenang la pula kita yer. 

Wealls prefer untuk bermalam di kawasan Pantai Cenang (motip nak ulang2 kenyataan..?). 





Suasana jalan di Pantai Cenang pada waktu malam.



Malam masih muda katanya. Waktu ni dalam jam 8:15pm.



Redsa Batisah dan Ryan Ikhfa sedang mencemar duli kat gerai2 di Pantai Cenang.



Suasan di kaki lima Cenang Road (pepandai je letak nama cenggitu kan)



Henna pun ada...



Orang ramai mula membanjiri Cenang. (sorry uols, picnya bergegar sebab lapar katanya...)



Macam2 kraftangan ada dijual di sini, daripada perhiasan sehinggalah yg boleh digunakan. 
Harga berpatutan.



Beg2 banyak boleh didapati kat Cenang ni.



Ryan Ikhfa  minat kat kedai ni. Memang unik kedainya. Urban-fashionista.



Kedai ni lak Redza memang berkenan. Siap beli 2 pasang kasut lagi kat situ.



Nampak eksklusif kan kedai ni. Apa tak-nya, dengan couture mcm tu plus warna2 cenggitu. Kalo kat KL mau beratus2 harganya. Kat sini harnganya memeranjatkan iols. Serendah RM20 yer! 



Motip Secret Recipe pun nak amik pic. Menandakan wujudnya di Cenang.



Cenang Mall ni x la besar mana. 2 tingkat je pun. Tapi yg bestnya adalah suasana depan mall ni. Very hidup, mcm ada Hard Rock Cafe lak kat situ, tp xde pun.



Hotel yang terletak bersebelahan dengan Cenang Mall. D'Baron Hotel.



Malam tu hujan uols. sejuknya x terkata. Tapi very nice memori.


Ok uols... Itulah catatan untuk hari pertama kami di Langkawi...
Masa untuk berehat, dan tido...
(tido la sgt kan... pegi pantai, cuci mata)...



Entri seterusnya adalah di MALAYSIA: LANGKAWI Jun2015; Episod 2.





























No comments:

Post a Comment