Entry sebelum:
Hari Kedua
Ini adalah merupakan hari kedua kami di Langkawi.
Bangun di pagi nan indah. Terus ke pantai menikmati angin pagi di Cenang.
Tu dia... sandiwara semasa yer...
Untuk hari kedua ni, JJM telah bercadang untuk ke cable car dan ke Pekan Kuah lagi.
Selamat menjamu selera dengan gambar-gambar di bawah.
Suasana pagi yang tenang dan damai di Pantai Cenang.
Dan lagi...
Dan lagi... Waktu ni adalah seawal 7:30am...
Pagi tu, JJM sarapan di kedai ni. Itulah antara menunya.
Perjalanan dari tempat penginapan JJM ke kedai ini (dengan menaiki kereta),
adalah dalam lingkungan 3-5 minit.
Dan juga yang ini. Ntah apa nama kuih ni.
Itu adalah menu yang disediakan oleh kedai ni. Waktu petang pun kedai ni ada jual2 kuih-muih
untuk minum petang, tapi kami tengah sibuk soppimg kat pekan Kuah. Hehehe.
untuk minum petang, tapi kami tengah sibuk soppimg kat pekan Kuah. Hehehe.
Ryan Ikhfa sedang tekun memilih menu.
Ini adalah menu pertama JJM. Ada menu tambahan ye lepas tu, tapi sbb lapar sgt,
terlupa nak snap gambar.
Inilah suasana kedainya. Taklah besar sangat tapi penuh dengan pelanggan. Kena cuba uols.
Suasana Pekan Kuah pada waktu pagi.
Spot pertama JJM di pagi hari adalah ke sini.
Kedai ini adalah satu2nya kedai yang menjual chocolat Quality Street (favorite editor) di Pekan Kuah ni ye. Macam mana rupa bentuk choclat Quality Street tu?
Macam kat pic seterusnya di bawah.
Macam kat pic seterusnya di bawah.
Inilah Quality Street...
Antara chocolat yang dijual di Langkawi Saga.
Ini pula adalah kedai di belakang Langkawi Saga tadi.
Nama kedai lupa nak snap. Tapi pekerja kedai ni kebanyakan orang Siam.
Kedai ni adalah yang termurah sekali menjual chocolat Kinder Bueno dan Daim. Juga merupakan antara kedai yang menjual chocolat Cadbury Bar yang murah.
Syed Zul sedang melepaskan penatnya seketika sebelum bangkit dan
terus menerkam set2 pingan-mangkuk dan juga set2 kristal.
Kedai HIG yang asal. Berdepan dengan Langkawi Saga.
Dari Pekan Kuah, kita ke kereta kabel lak.
Yay... Da nak sampai.
Suasana di kawasan kereta kabel.
Harga untuk pilihan.
Dan lagi...
Tak ramai pengunjung... Bagos..!!!
Kereta kabel JJM sedang menuju ke arah kami.
Kereta kabel yang JJM naiki. Actually, sejak 2007 lagi, x dapat2 nak naik kereta kabel ni.
Tahun ni barulah dapat naik akhirnya. Lama hokey menunggu.
JJM singgah di pit-stop pertama dahulu.
Itu pit-stop kedua (terakhir). Yang tertinggi sekali.
Redza melangkah dengan gagahnya.
Inilah pemandangan sebahagian Langkawi dari pit-stop pertama.
Ahli JJM terus melangkah dengan gagah meniti usia... Eh silap... meniti puncak kejayaan.
Antara pemandangan dari pit-stop tertinggi.
Di kejauhan sana adalah Thailand@Siam@Suvarnabhumi.
Ini pula adalah titian gantung katanya. Wealls x guna pun sebab dah penat.
Harga nak lalu titian ini adalah RM5. Semua nak letak harga kan. Choy.
Antara kedai yang boleh didapati di puncak pit-stop.
Suasana di puncak.
Semasa wealls nak turun, dari kereta kabel boleh nampak air terjun Telaga Tujuh.
Dah sampai pun kami di daratan.
Ini adalah kedai cenderamata di kawasan kaunter tiket kereta kabel.
Pawagam 3D yang tidak berjauhan dari kaunter tiket kereta kabel.
Kaunter tiket pawagam 3D. Harga x sure pulak berapa.
Kalau xmau masuk ke pawagam, ambil kat luar ni pun jadilah. Angel kahatanya.
Ada jugak Recycle-Spot di sini.
Ada jugak taman mini Winter Sonata. Mungkin taman ini dibina bersempena dengan kegilaan rakyat Malaysia dengan drama ni kot. Sonata sangat kan.
Inilah sebahagian taman mini Winter Sonata.
Setelah penat lelah di taman kereta kabel, kami pun pulang ke motel untuk mengumpul tenaga semula. Pada malam harinya, kami hanya berada di sekitar Cenang sahaja. Biar gambar berbicara.
Suasana Cenang pada jam 8;15 malam.
Ada kawasan yang jual nasi lemak dan goreng-gorengan kat sini.
Very nice dan pelbagai pilihan. Tempat duduk agak limited.
Kalau terasa nak makan buah, kat Cenang ni ada satu kedai jual buah-buahan.
Bas mini yang telah menjadi tarikan pelancung untuk bergambar.
Hasil tangan anak tempatan, yang turut menjual seni kraftangannya.
Kami menyinggah ke Cenang Mall. dah tutop mall waktu ni.
Tak lah besar sangat mallnya. Tapi dalam tu ada je kedai2 yang menjual chocolat dan pinggan-mangkok. Juga barangan yang lain.
Pemandangan ruang legar mall dari tingkat satu.
Cenang Mall hanya ada 2 tingkat sahaja, G floor dan 1st floor.
Dan lagi...
Waktu operasi Cenang Mall.
Ada kedai kek kat Cenang Mall..!
Kek lagi..!!!
Dan lagi...
Inilah kedainya. Rerupanya bukan kedai kek, tapi kedai sabun.
Weallss tertipu.
Redza tengah cal sapa la tu.
Ryan Ikhfa pun sedang melayari jiwa di Starbucks Cenang Mall.
Depan Starbucks ni ada open-air pub ala2 Hard Rock Cafe uols.
Chill jugak lepak2 kat Starbucks Cenang Mall ni.
Chill jugak lepak2 kat Starbucks Cenang Mall ni.
Malam semakin bermaharajalela. Jadi kami pun pulang ke motel untuk mendapat tidur yang enak.
Esok nak berjalan-jalan lagi.
*tidurlah sangat kan. Operasi mencuci mata diteruskan di malam kedua, uols...*
Jumpa lagi di episod seterusnya.
Seterusnya adalah entri hari ketiga kami di Langkawi.
Entry ini boleh diview di MALAYSIA: LANGKAWI Jun2015; Episod 3.
No comments:
Post a Comment