Entry seterusnya ini adalah tentang percutian kami di Hatyai sebelum dan selepas kami ke Phuket.
Tempoh Percutian : 1 Hari 1 Malam (3 Hari 2 Malam di Phuket)
Pengangkutan : Jalan Darat
Bilangan Individu : 4 orang
Bilangan Individu : 4 orang
Kos : RM65.00 seorang (termasuk penginapan, makan & minum, perjalanan)
Hari Pertama
Kami ke Hatyai melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Danok. Seawal jam 5:30am (waktu Malaysia/Singapore) kami telah beratur sepanjang-panjangnya di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Pintu imigresen kedua-dua negara beroperasi seawal 6:00am (waktu Malaysia/Singapore).
Percutian kali ini (Chinese New Year) memang ramai orang Malaysia yang hendak bercuti ke Thailand, terutama sekali ke Hatyai. Berpuluh-puluh kereta, ntah2 lebih dua ratus buah kereta yang telah mula beratur di pintu sempadan sejak dari jam 5:00am lagi kot. Ntah sampai jam berapa la kat Hatyai ni nanti. Kami ni dok kejar van@komuter yang hendak ke Phuket tu.
Panjang kan que kenderaan kat pintu sempadan.
Sampai lane pun x tahu yang mana satu yang betul.
Ini seawal 5:30am ye.
Selepas selesai urusan di kedua-dua pintu sempadan (satu jam lebih), kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Perjalanan dari pintu sempadan ke Hatyai mengambil masa dalam 30-45 minit.
Suasana pagi dalam perjalanan dari Danok ke Hatyai.
dan lagi...
Dalam perjalanan, kami menyinggah untuk bergambar di kuil (wat) Buddha Theravada ini.
Wat ini akan kelihatan di sebelah kiri jalan jika menghala ke Hatyai.
Di antara patung dewa-dewa yang terdapat di situ.
Ini pulang patung dewa-dewa yang berwarna-warni.
Dewa ke ni? Sorry sebab tak tahu.
Kami tiba di bandar Hatyai dalam lingkungan pukol 7:50am (waktu Malaysia/Singapore). Setibanya di sana, kami terus mencari kedai yang mencuci kereta di sekitar Legacy Hotel, untuk kami park kereta di dalam kawasan kedai tersebut. Harga parking kereta adalah THB70 (RM7.95) sehari. Kemudian kami terus ke travel agent untuk menempah van@komuter ke Phuket. Oleh kerana hari tersebut adalah Chinese New Year, banyak van yang tidak bekerja pada hari tersebut sebab cuti katanya. Jadi kami dapat satu van@komuter yang akan bertolak dari Hatyai pada jam 11:30am (12:30pm waktu Malaysia/Singapore). Lambat kan. Sedangkan kami mahu sampai ke Phuket awal. Tapi apakan daya, kami setuju saja. Sebab bukan mudah nak dapat van pada hari tersebut. Travel agent itu bergelar Vilai Tour. Kedainya sederet dengan Odean Mall Hatyai.
Inilah keluasan kedainya. Kecik je kan.
Wajah-wajah ceria yang dah tak sabar nak ke Phuket.
Tauke kedai ini bernama Aunty Vilai.
Picnya telah ditutupi oleh Mr Tourism JJM iaitu Redza Batisah.
dan lagi...
Pic kedai dan wajah-wajah ceria JJM.
Pic aunty itu tetap dihadangi oleh Redza Batisah... untuk sekian kalinya.
Setelah selesai berurusan perihal menempah van@komuter return tiket ke Phuket, kami pun mengambil masa yang ada untuk berjalan-jalan di sekitar Hatyai. Jalan kaki saja.
Biar gambar berbicara.
Suasana pagi di bandar Hatyai.
Hiasan tanglung menyerikan lagi suasana di bandar Hatyai.
(ayat skema tak...)
dan lagi...
Banyak kedai yang masih tak beroperasi lagi.
Sempat lagi bagi pose di tengah2 jalan utama pusat bandar Hatyai.
Banyak gerai tepi jalan yang sudah memulakan operasi berniaga.
Yang ini berhadapan dengan Lee Garden plaza dan Central plaza.
Aiskrim Swensen pun ada di situ, nampak signboardnya...
Ini adalah pasar pagi yang terletak di blok yang lain dari kawasan Lee Garden plaza tadi.
Ini adalah kawasan perniagaan yang terletak di blok belakang Central Plaza.
Mesti korang tertanya2kan kat mana kitaorg breakfast pagi tu. Dekat area situ banyak kedai makan yang halal. Ada yang jual roti canai ala Thai, nasi lemak ala Thai, dan nasi campur. Tapi kami JJM hanya beli makanan dan minuman ringan sahaja di 7-E di kawasan Lee Garden dan Central Plaza tu. Save bajet katanya. Ingat nak makan aiskrin Swensen kat plaza Lee Garden tu, tapi macam terkejar masa lak kan. So, kami decide makan Swensen tu kat Phuket je nanti.
Jam 11:30 am (pukol 12:30pm waktu Malaysia/Singapore), kami pun memulakan perjalanan 7 jam kami ke Phuket.
Berjumpa nanti di THAILAND: HATYAI Feb2015; Episod 2.
Tapi gmbar editor tak ade yek.... kita nak pic editor.... tertap!!
ReplyDeletehaiyooo.... editor kurang bergambar... sinetron ek...
Deletedapat idea dah nak guna jalan darat ke hadyai-phuket :D TQVM
ReplyDeleteSyabas... Good luck...
Deletedapat idea dah nak guna jalan darat ke hadyai-phuket :D TQVM
ReplyDeleteSalam.nak tanya.kedai jual insuran kereta ade jual ke jam 4 pagi tak.ingat nak gerak dr kl jam jam 10malam
ReplyDelete