JJM kembali lagi dengan paparan perjalanan dan pelancongan... tidak lupa memakan....
Kali ini, kami ke SATUN, THAILAND...!!!
*Thailand lagi... mcm dah xde tempat lain lagi ke nak pergi ye... layan kan sajer uols...*
Tempoh Percutian : 1 Hari
Pengangkutan : Jalan Darat
Bilangan Individu : 4 orang
Kos : RM64.00 seorang (termasuk penginapan, makan & minum, perjalanan)
Actually, kami sekadar nak bercuti di Penang sajer sebab da lama rasanya tak singgah Penang.
Oleh kerna kami bertolak seawal pagi dari KL, then kami decide terus ke Satun.
Satun ni adalah satu pintu sempadan Malaysia (Wang Kelian) - Thailand (Ban Wang Prachan).
Peta daerah Satun.
(http://www.pss-satun.com/img/map/satun_travel_map2.gif)
Macam subjek Geografi la pulak ek.
Subjek Sejarah? Tak kot...
Sebab sejarah ala2 peta yang tak stabil lagi lukisannya.
Motip meracau meraban...
Ok uols...
Ada info yang hendak diinfokan kepada uols...
Sebelum ini (yakni sebelum 1hb April 2015), pintu sempadan Wang Kelian (Malaysia) - Ban Wang Prachan (Thailand) ini, adalah pintu sempadan yang bebas keluar-masuk antara dua negara pada hari Sabtu dan Ahad sahaja (6:00am - 6:00pm - waktu Malaysia). Jadi, sesiapa sahaja, rakyat Malaysia, rakyat Thailand, peniaga-peniaga, mak, ayah, abang, kakak, adik, makcik, pakcik, semuanya bersuka-ria di Hari Raya.... erkkkk... sorry meracau.... boleh keluar-masuk pintu sempadan tanpa pasport... Diulang ye, tanpa pasport...
TETAPI... bermula 1hb April 2015, semua urusan keluar-masuk sempadan Wang Kelian (Malaysia) - Ban Wang Prachan (Thailand) harus menggunakan pasport...
Oleh kerna itu, masa kami ke sana, memang kami dah ready je pasport bagai... Mana la tau nak ke Hatyai bagai ke kan... Tapi memang ramai rakyat Malaysia yang hendak berkunjung ke Satun, tak dapat nak masuk sempadan sebab tidak tahu-menahu tentang info terbaru tersebut... Begitu jugalah dengan rakyat Thailand yang tidak dapat masuk ke Malaysia. Majoritinya terkandas di pintu masuk sempadan negara masing-masing. Kesian kan... Ramai yang tak tahu maklumat tersebut... Choy sangat hokey...
Okey cukop sesi skema bagai... Kita teruskan ekspedisi kita dengan biar gambar berbicara...
Ni yang korang tunggu sebenarnya kan...
Ini adalah suasana Wang Kelian (Malaysia) di mana jalannya menuju ke pintu sempadan.
Haaa... itu dia post imigresen Ban Wang Prachan (Thailand).
Itu dia... Supermodel Fifie sedang memberikan pos ceria pagi di bumi Thailand.
Seorang lagi supermodel, Yazid sedang memberikan pose ceria pagi.
i) korang nampak kan bebudak tu kagum dengan ketampanan Yazid.
ii) Di belakang Yazid, korang perasan tak, ada penampakan?
Mr Tourism Supermodel Redza Batisah hebat menguruskan sgala urusan persempadanan
(sila abaikan tatabahasa hokey...)
Inilah tempat pejalan kaki yang hendak ke sempadan dua negara itu.
Bermacam-macam benda dijual kat pasar ini.
Suasana pagi (8:30am waktu Malaysia) di Ban Wang Prachan (kita panggil Satun je).
lagi...
lagi...
dan lagi...
melalui kawasan berbukit-bukau.
Perjalanan diteruskan ke pekan Satun.
Melalui kawasan perkampungan.
lagi...
Nak ke mana kita?
Owh... ke pekan Satun...
Kalau ke kanan, boleh terus ke Hatyai.
Terus menyusur ke pekan.
Dah nak sampai dah tu...
Haaa... tu dia pintu gerbang pekan Satun.
Biar gambar terus berbicara suasana pekan Satun.
Mesti kebanyakan uols x pernah ke situ kan... Katanya...
dan lagi...
dan lagi...
Kemudian kami menyinggah di muzium ini.
Actually (english nih..!), muzium ini adalah rumah pembesar Siam zaman kolonial gitu.
Pembesar ini adalah orang Melayu yang berasal dari Alor Setar ye, uols.
Pembesar ini adalah orang Melayu yang berasal dari Alor Setar ye, uols.
Itulah serba sedikit fakta Hari Ini Dalam Sejarah ye...
Lawa kan design dan colornya.
Dijaga dengan baik.
Kalo kat KL, suma benda nak dirobohkan...
Pembangunan katanya... Choy...
Penerangan sejarah tentang rumah agam ini.
lagi...
Nice kan...
dan lagi...
Replika rumah@muzium ini...
Selalunya replika lagi lawa daripada bangunan asal.
Tapi yang ini, bangunan asal lagi lawa daripada replika.
Yazid sedang menikmati suasana zaman kolonial di salah satu sudut di tingkat atas muzium.
Haaa... Baru muncul Redza Batisah.
Tu diaaaa...
Pose macam patung kat Italy tu yer...
Berangan sahangat...
Top 3 Jejaka Idaman Malaya (bukan Malaysia yer)
sedang bergambar bersama salah seorang pelancong dari Bangkok, namanya Dom.
Fifie sedang memberikan pose yang ceria di beranda muzium.
Redza Batisah tengah tidur ke apa tu...?
Bergambar kenangan dengan beberapa pekerja muzium dan muzium-guide
(lady yang depan sekali tu).
Yang pasti, editor tetap tukang amik pic kan.
Nice pix.
Tengahari yang sedang meremang.
Selepas ke muzium, perut pun da lapar,
kami makan di satu kedai yang terletak 200m dari muzium tadi.
Nama kedai tak hengat, uols.
Lempeng pisang coklat katanya.
Ala2 roti canai kan.
Sebab lapar sangat, main menu terlupa nak snap pix.
Kiosk yang terletak 10m dari restoran tadi.
Ada jual instant popcorn, air minuman, etc.
Amik pic ni sebab macam menarik kiosknya.
Lepas tu kami ke Big-C (ala2 Carrefour@Aeon Big kat Malaysia).
Seperti biasala, shopping barang dapur bagai.
Pix ni di snap sebab macam kenan sofa ni. Ada jual tak kat KL?
Sorry la uols sebab post toilet ni.
Sangat besar ye toilet Big-C ini. Bersih lagi.
Dalam pukol 3:00pm (waktu Malaysia), kami pun berangkat pulang ke Malaysia.
Setatement berangkat tuh macam naik flight je gitu kan.
E-eh..!!! Nanas ni ada la kat sini... (motip buat2 terkejut..?)
Tapi, kat sini, nanas ni dijual ikut berat.
Favourite punya pasal, amik la 5 biji.
On the way ke pintu sempadan untuk cop pasport bagai.
Jangan lupa insuran kereta juga ye.
Selamat jalan Satun.
Semoga ketemu lagi (tetiba bahsa sinetron).
Itulah serba sedikit kisah trip JJM ke Satun.
Pekannya biasa sahaja dan bukanlah untuk pelancongan sangat. Pekan Satun sekadar sebuah pekan aktiviti perniagaan harian kepada penduduk2 setempat. Macam pekan Wangsamaju, Equine Park tuh... Bukan untuk pelancongan kan...? Haaaa, macam tu lah kekdahnya...
Kita berjumpa lagi ke next entry MALAYSIA: PENANG Apr2015.
Wah hebat penulisan nye.... syabas....tapi editor nye tertap ek nak low profile:p
ReplyDeletetertappp.!!!
DeleteMmg kena guna passport ke? Border pass xleh? Lg satu lau nk masuk ngan kereta apa proses nya? Haha xpernah sampai.. Jakun.
ReplyDeleteMmg kena guna passport ke? Border pass xleh? Lg satu lau nk masuk ngan kereta apa proses nya? Haha xpernah sampai.. Jakun.
ReplyDelete