Thursday, 7 May 2015

THAILAND: HATYAI Feb2015; Episod 3 (Akhir)

Entry sebelum (ada 2 entry):

THAILAND: HATYAI Feb2015; Episod 1
THAILAND: HATYAI Feb2015; Episod 2


Hari Ketiga (Akhir)

Pada hari ketiga di Hatyai ni, kami meneruskan perjalanan kami ke Samila Beach.
Perjalanan dari bandar Hatyai lebih kurang 45 minit juga.

Tak perlu hendak cerita panjang, biar gambar berbicara...



Mr Body Beautiful, Yazid sedang mengorat duyung di Samila Beach tu.
Nak amik gambar dengan duyung tu bukannya mudah ye...
Sebab kena berebut dengan tourists lain...


*Menurut kisah mitosnya, duyung itu akan menjadi hidup dan kemabli ke laut selepas bertemu dengan cinta hati sejatinya. Kiranya cinta hati sejatinya tu tourist la kan... 
Kena jadi duyung jugak la yer...? pitaammmmm....



 Tu diaaa... 
Mr Charming, Fifie sedang memberikan pose pada batu bersurat 
yang terletak berdekatan dengan duyung tadi.
Sorry uols, sebab tulisan pada batu bersurat itu tidak dapat difahami maksudnya...



 Adakah ini cinta sejati duyung yang dimaksudkan itewww?



 Tetiba suka tgk model ni buat penggambaran untuk salah satu majalah fashion di Thailand.
Fer-feeling je model itew yer....



 Banyak jugak gerai-gerai makanan, minuman, dan cenderamata 
di kebanyakan kawasan Samila Beach tu.



 dan lagi...



 dan lagi...
(rasanya pic gerai yang sama je ek... nampak sgt xde pic lain kan...)



Yazid bersama tugu kucing dan tikus.
Kisahnya x pasti...



Selepas kami bersiar-siar di Samila, then kami meneruskan perjalanan pulang..
Tetapi, Redza Batisah, our Mr Tourism, telah membawa kami menerokai 
tanjung dan pulau (Koh Yo ----- bukan Kok Ya hokey...) di kawasan Songkhla.  


 
Ini adalah perjalanan kami yakni dari penghujung Songkhla tu, kami menaiki bot yang membawa kenderaan. Kemudian ke Ban Mai, kemudian ke Ban Nok (pulau kecil:Koh Yo) dan terus melalui jambatan ke arah Ban Bang Dan.
Tempat ni cuma kebanyakan kampung dan pekan-pekan kecil saja.
Ada terdapat Sleeping Buddha di Koh Yo tersebut.
Agak2 tak pasti peta di atas di kawasan mana, boleh lah uols tengok pula peta di bawah ye...
(sumber: http://www.weather-forecast.com/locations/Songkhla)



Songkhla Location Map
Ini peta Hatyai dan Songkhla.
(sumber: http://www.weather-forecast.com/locations/Songkhla)



 Inilah jambatan penghubung antara Koh Yo dengan tanah besar. 
Agak scary tau melalui jambatan ini... Tengoklah tinggi divider itewww....



Kami pun betolak balik ke Danok dan Bukit Kayu Hitam. Macam berat je hati nak tinggalkan Thailand. Next trip boleh jalan lagi ke Siam k. 

Layan la dulu beberapa pix di kawasan imigresen Danok.



 Itu diaa.... ramai sungguh manusia yer...



 Sempat kami menyinggah beli buah-buahan dan kuih-muih Siam ni...
Peniaga-peniaga ni terima duit RM.



 dan lagi...



 dan lagi...



Semoga berjumpa lagi Thailand...



Itulah serba sedikit kisah kami JJM di bumi Thailand @ Suvarnabhumi. Diharap semua terhibur dan terinfo dengan kisah JJM ini...

Moga kita bertemu lagi di entry-entry yang mendatang...

Terus melayari Jom Jenjalan Memakan k uols...


mmmuuaahhhhh....



2 comments:

  1. Moment2 yg indah waktu di phuket -hatyai-samila beach kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. indahkan... wajib kita kumpol moment2 yang best lagi dan lagi di masa2 mendatang tau...

      Delete